MAKLUMAT TERKINI

_________________________________

KAKOM PERINGKAT KEBANGSAAN DI KM PULAU PINANG 9-14 SEPT 2014 .

_________________________________

..................

_________________________________

..................

_________________________________

XXX .

_________________________________

Saturday, October 5, 2013

KML Juara Peringkat Kebangsaan KAKOM 2013

Lokasi: Kolej Matrikulasi Johor
Tarikh: 27-30 September 2013

KAKOM 2013 telah menutup tirainya, sang juara terus megah dengan kejayaan yang diraih. Kontinjen Kolej Matrikulasi Labuan (KML) sekali lagi muncul sebagai johan keseluruhan KAKOM 2013 yang merupakan kejuaraan kali keempat berturut - turut, malah KAKOM 2013 ini merupakan kejuaraan yang ke-9 buat mereka. Sebelum ini, KML berjaya muncul johan pada tahun 2002, 2003, 2006, 2007, 2008, 2010, 2011, 2012. Berbekalkan 7 pingat emas, 4 pingat perak dan 7 pingat gangsa, mereka dinobatkan selaku johan keseluruhan mengatasi KMPP yang mengekori rapat dengan 6 pingat emas, 4 pingat perak dan 2 pingat gangsa manakala kontinjen KMS terpaksa berpuas hati apabila berjaya mendapat tempat ketiga. KML terus mendominasi kejohanan apabila anugerah olahragawan terbaik diungguli oleh atlet mereka, Mohammad Nasrun Bin Aris.

(sumber: http://www.kmj.matrik.edu.my/images/stories/KAKOMKMJ2013/buletin4.pdf )

  
Kedudukan tempat mengikut pingat dan jumlah mata  

KML terus mengekalkan kejuaraan kali keempat berturut-turut.
Pengarah KML, Tn Sawang menjulang piala pusingan kejohanan
yang disampaikan oleh Pengarah BMKPM, Dr Sariah Abd Jalil

Pelontar peluru wanita KML, Emilda berjaya mencuri pingat gangsa

Perejam lembing emas KML, Azizul berjaya menjadi johan pada rejaman terakhir

Emilda berjaya mendapat gangsa yg kedua buat dirinya
 dlm acara lempar cakera

Peserta boling KML tetap ceria dan bersemangat untuk memberi saingan
untuk mendapatkan tempat dalam kejohanan