
Ini Peta Langkawi

Tengah tunggu kapal terbang di LCCT
(org pertama naik kapal terbang)
(org pertama naik kapal terbang)

Ni dalam bilik dia..semua alatan lengkap..sangat puas hati..
hidup Helang Hotel (5minit dari Airport jalan kaki)


En Aizat (Pembantu Penyelidik FRIM) tengah bagi penerangan yang mendalam tentang jenis-jenis tumbuh-tumbuhan serta kegunaannya dan juga jenis2 serangga. TQ pihak FRIM.
Ini pula ikan Arapaima atau ikan naga yang boleh mencecah 17 meter panjang di Sg Amazon, Brazil. Dikatakan boleh melompat hingga beberapa meter untuk menangkap monyet sebagai makanannya. Lidahnya pula terlalu keras dan boleh dijadikan batu asah.
Yang ini pula pokok simpoh gajah. Cuba perati baik2 macam gajah kan..ada mata, belalai, gading dll.
Pokok ini namanya 'crown shy' sebab bentuk kumpulan daun berbentuk mahkota dan di antara kumpulan daunan pokok ke pokok yang lain tidak bertemu. Sebab tu lah dikatakan 'shy', jadi setiap pokok akan mendapat cahaya yg mencukupi untuk membuat makanan.
Tali yg macam ular tu adalah tumbuhan bernama 'Lyanas'. Di dalamnya ada air dan boleh diminum sekiranya sesat di hutan. Tali ini juga digunakan oleh tarzan untuk bergayut dari satu pokok ke satu pokok yg lain. Dan kenapa Tarzan menjerit OOOOO boleh email saya...he he he
Waktu ni la yang paling saspen..takut gila..kecut perut bila tengok ke bawah. Ini ialah laluan 'canopy walk' yang sejauh 150meter..Kalau nak tau sendiri rasa la..tak dapat imagine
Sempat juga ambil gambar pemandangan dari pelantar canopy walk..sungguh indah dan hebat ciptaan ALLAH.
