Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:
1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)
2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .) 3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabk an diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)
4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya.. . .maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabk an di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.) ............ ......... ......... ......... ......... Lihatlah.... .betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.
Firman Allah S.W.T;
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu... ."
SETELAH MEMBACA NYA SAMPAIKAN PULA KEPADA SAHABA-SAHABAT ANDA YANG LAIN, UNTUK MEREKA PULA RENUNGI MESEJ INI.
Fuiiyoo...hari ni betul-betul letih sebab bawa budak panjat bukit dan 'canopy walk'. Anyway happy sebab lama tak datang sini lebih kurang 11 tahun disamping dapat pengalaman baru bersama anak murid dan rakan-rakan seperjuangan. Di sini saya attach beberapa keping gambar semasa lawatan.
Tn Sheikh kita mengiringi murid2 kumpulan 2...waktu ni tengah semangat
En Aizat (Pembantu Penyelidik FRIM) tengah bagi penerangan yang mendalam tentang jenis-jenis tumbuh-tumbuhan serta kegunaannya dan juga jenis2 serangga. TQ pihak FRIM.
Ini pula ikan Arapaima atau ikan naga yang boleh mencecah 17 meter panjang di Sg Amazon, Brazil. Dikatakan boleh melompat hingga beberapa meter untuk menangkap monyet sebagai makanannya. Lidahnya pula terlalu keras dan boleh dijadikan batu asah.
Yang ini pula pokok simpoh gajah. Cuba perati baik2 macam gajah kan..ada mata, belalai, gading dll.
Pokok ini namanya 'crown shy' sebab bentuk kumpulan daun berbentuk mahkota dan di antara kumpulan daunan pokok ke pokok yang lain tidak bertemu. Sebab tu lah dikatakan 'shy', jadi setiap pokok akan mendapat cahaya yg mencukupi untuk membuat makanan.
Tali yg macam ular tu adalah tumbuhan bernama 'Lyanas'. Di dalamnya ada air dan boleh diminum sekiranya sesat di hutan. Tali ini juga digunakan oleh tarzan untuk bergayut dari satu pokok ke satu pokok yg lain. Dan kenapa Tarzan menjerit OOOOO boleh email saya...he he he
Waktu ni la yang paling saspen..takut gila..kecut perut bila tengok ke bawah. Ini ialah laluan 'canopy walk' yang sejauh 150meter..Kalau nak tau sendiri rasa la..tak dapat imagine
Sempat juga ambil gambar pemandangan dari pelantar canopy walk..sungguh indah dan hebat ciptaan ALLAH.
Di sinilah tempat saya berkursus (Masjid KLIA) selama 2 hari iaitu "Kursus Perawat Islam dan Ijazah 2 buku " anjuran Darul Hikmah bawah pimpinan Tuan Guru Abdul Malek B Lazim Al Azhari. Tahniah kepada pihak pengurusan Terapi Alquran Darul Hikmah kerana berjaya menganjurkan kursus sebegini utk menambahkan ilmu bagi membantu diri sendiri, keluarga dan masyarakat.
2 buah buku terjemahan yang dikarang oleh As Syeikh Wahid Abdul Salam Bali
'Barangsiapa yang kesukaran pada menunaikan hajat/cita-citanya maka hendaklah dia memperbanyakkan membaca selawat untukku kerana sesungguhnya selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.'