MAKLUMAT TERKINI

_________________________________

KAKOM PERINGKAT KEBANGSAAN DI KM PULAU PINANG 9-14 SEPT 2014 .

_________________________________

..................

_________________________________

..................

_________________________________

XXX .

_________________________________

Friday, January 25, 2008

Tempat Mencari Rezeki Sekolahku Syurgaku

10 Tips Kejayaan Donald Trump

Salam pembaca blog, moga Anda sihat sejahtera.

Dalam tips motivasi kali ini saya berkongsi 10 tips kejayaan dari Donad Trump. Apa yang Donald Trump boleh ajar Anda tentang kejayaan? Ikuti falsafah kejayaannya di bawah, saya mulakan dengan...

1. "As Long As You're Going To Be Thinking Anyway, Think BIG."



Apa jua yang Anda idamkan dan apa jua yang Anda fikirkan, bina impian yang besar. Berimpian besar menjana idea besar juga. Ini sikap orang-orang yang berjaya.

Jangan takut dengan orang lain yang kata impian Anda tak realistik, kerana mereka sebenarnya takut Anda lebih berjaya daripada mereka satu hari nanti. Kalau boleh, simpan diam-diam impian Anda dan jangan beritahu sesiapa kerana komen negatif dari mereka akan mencairkan semangat Anda mahu mencapai impian tersebut.

Kalau Anda nak jadi jutawan Internet, biar Anda seorang yang tahu. Nak jadi macam Irfan Khairi ke, macam Corey Rudl ke, itu terpulang pada Anda.

Yang pasti, bina impian besar. Think BIG walaupun ia terasa sukar nak dicapai dan bagaikan mustahil. Semua kejayaan di dunia ini dan yang dirakam dalam sejarah, semua bermula dari sekadar impian.

Malik Maidin menjadi orang Malaysia pertama berenang merentas Selat Inggeris di kala orang lain mengatakan impiannya itu kerja gila, tapi dia berjaya melakukannya.

Mulai hari ini, tanya diri Anda apa impian Anda, cita-cita Anda dan apa yang Anda nak capai sebenarnya.

Think BIG!

10 Tips Kejayaan Donald Trump - Part 2

Ini tips kedua di dalam siri 10 Petua Kejayaan dari Donald Trump. Hari ini, tipsnya adalah...

2. "Listen To Your Gut,No Matter How Good Something Sounds On Paper"



Bak kata Andrew Matthew, Follow Your Heart. Naluri kita merupakan suara bisikan dari roh kita. Perkataan lain, ia dikenali sebagai gerak hati, intiusi dan deria keenam.

Dalam apa jua yang kita lakukan, perlu selalu dengar kata hati kerana dia melihat apa yang tak dinampak oleh mata kasar kita. Mata hati melihat yang halus dan yang tak terfikir oleh kita.

Dengan itu, perlu berjaga-jaga dan bersedia, tak kira baik atau buruk. Maksudnya, kita bersedia untuk berdepan dengan yang buruk dan dalam masa yang sama, bersedia untuk berdepan dengan yang terbaik.

Kekadang kita tak mengendahkan kata hati atau bisikan naluri, tapi menyesal bila apa yang kita tak ingini berlaku tanpa disedari. Donald Trump kata, "instinct play a special role in any kind of business you're engaged in".

Dengar kata naluri Anda dalam membuat keputusan atau ketika mahu membuat sesuatu perjanjian. Sebalik jasmani, kita ada rohani.

Selalulah meihat ragam dunia dari perspektif berlainan. Dari situ, Anda akan nampak perbezaanya.

10 Tips Kejayaan Donald Trump - Part 3

Kali ini, kita sambung semula tips motivasi kejayaan dari Donald Trump. Bagi Anda yang baru masuk ke sini, ikuti tips sebelumnya di sini dan di sini.

Tips yang ketiga dari Mr Trump sangat simple, ringkas dan memang ramai orang lupa.

Apa dia? Kata Donald Trump : "Passion".



Passion yang dimaksudkan olehnya adalah keseronokan bekerja. Orang-orang yang berjaya seronok dengan kerja mereka dan menjadikan kerjaya seharian bukan kerjaya, tapi hobi. Lihat saja penyanyi, artis, pemuzik, penulis, blogger, designer, usahawan dan penggubah lagu.

Mereka melakukan kerja yang menjadi minat mereka. Oleh kerana dah minat, mereka sanggup melakukannya selama yang mungkin dalam sehari kerana mereka makin seronok dibuatnya. Walaupun nampak macam bekerja, tapi sebenarnya mereka berseronok dengan 'hobi' mereka.

Donald Trump didedahkan dengan perniagaan hartanah (real estate) sejak dari kecil lagi. Bapany, Fred Trump mendedahkan beliau dengan kerja-kerja di tapak pembinaan sejak beliau masih remaja, lalu minat pada hartanah dan real estate muncul begitu saja dalam dirinya.

Selepas tamat latihan tentera, Donald Trump menceburkan diri dalam bidang pembangunan hartanah bersama syarikat bapanya. Setiap hari dia bekerja dengan penuh tekun, sungguh-sungguh dan konsisten, kerana dia melakukan apa yang menjadi hobi padanya.

Heran juga, ahri ini walaupun dah jadi billionaire, dia masih bekerja. Sebab, kerja itu adalah hobi baginya. Jadi, tips motivasi kali ini, cuba jadikan kerjaya Anda sekarang ini sebagai hobi Anda.

Saya percaya keseronokan akan timbul dan Anda pergi kerja dengan penuh bersemangat!

10 Tips Kejayaan Donald Trump - Part 4

Salam pembaca blog, anda sihat sejahtera. Untuk tips motivasi kali ini saya berkongsi petua kejayaan yang keempat dari Donald Trump.

Siapa yang tak kenal Donald Trump? Seorang billionaire dalam bidang hartanah yang terkenal dan menjadi inspirasi pada jutaan orang di seluruh dunia. Kekuatannya adalah pada negotiation skill (kemahiran berunding) dan kepintarannya dalam mewujudkan win-win situation.



Tips keempat dari Trump adalah : "You're Generally Better Off Sticking With What You Know". Maksudnya, lebih baik Anda menguasai bidang kemahiran yang banyak Anda ketahui dan yang Anda sukai lebih dari orang lain.

Tambahkan kemahiran Anda dengan banyak membaca, mengkaji dan melatih diri supaya Anda menjadi semakin mahir dari sehari ke sehari lalu maju setapak dari orang lain dalam bidang tersebut. Akhirnya, tiada siapa yang akan menandingi Anda.

Anda akan dianggap pakar dalam bidang itu. Peluang-peluang kejayaan sentiasa muncul bila Anda sudah menjadi pakar dalam sesuatu perkara, lebih-lebih lagi dalam bidang kerjaya yang menjadi minat Anda, passion Anda.

Duit yang banyak akan datang dengan sendirinya bila Anda melakukan apa yang Anda minat. Ayat ni bukan saya yang kata, tapi Azizi Ali yang kata.

Tak percaya? Beli buku Jutawan Ekstreme dan buka muka surat 77.

Di dalam halaman tersebut, Azizi Ali memberitahu, "Lakukan apa yang Anda ingin lakukan dan apa yang menggembirakan Anda". Kesannya, Anda akan dapat melalui banyak perkara indah dan yang tak disangka.

Azizi Ali juga memberi beberapa contoh, antaranya Anda akan...

* hidup bahagia
* menjadi pakar dalam bidang tertentu
* membangunkan kemahiran
* gembira dengan pekerjaan Anda
* gembira dengan kehidupan Anda
* membuat wanga yang banyak (dan semakin banyak!)
* berasa puas kerana wang itu datangnya dari kerja yang Anda cintai
* menjadi lebih sihat

Berita selanjutnya adalah....

Tamat.

10 Tips Kejayaan Donald Trump - Part 5

Tips kejayaan yang kelima dari Donald Trump kali ini adalah :

"Sometimes Your Best Investments Are The Ones You Dont Make"

Donald Trump kata, tak semua pelaburan yang kita buat adalah pelaburan yang baik, tak kira sama ada pelaburan tu dalam bentuk wang, masa dan tenaga atau ketiga-tiganya sekali. Masa Anda untuk membaca blog motivasi ini adalah salah satu bentuk pelaburan juga.



Tak semua pelaburan bagus tu bagus dan tak semua pelaburan buruk tu buruk. Triknya, kena belajari pro dan kontra dalam setiap aspek, kaji dan selidiki serta bersedia untuk berdepan yang terburuk di kala Anda bersedia untuk mendapat yang terbaik.

Walaupun sesuatu tu bunyinya baik untuk Anda, tak semestinya ia 100% baik untuk Anda. Anda perlu bersedia berdepan dengan keburukan yang tersembunyi di sebaliknya.

Bukan nak menyuruh Anda berfikiran negatif, cuma meminta Anda perlu bersedia saja berdepan yang buruk dan yang baik.

Walaupun sesuatu tu bunyinya buruk untuk Anda, gali dan cari part mana yang baik untuk Anda. Tak semestinya semua di dalam buruk tu buruk jadinya, mesti ada yang baik, jadi Anda perlu bersedia untuk menemuinya.

Kunci utama di sini adalah bersedia. Be prepared.

Berita selanjutnya adalah....

Tamat.

Thursday, January 24, 2008

Panggilan percuma menerusi Wi-Fi di telefon bimbit

SETIAP hari ada saja kemudahan baru yang diwujudkan bagi memanfaatkan teknologi sedia ada. Kemudahan baru akan lahir apabila ia menepati tiga perkara iaitu prasarana, peralatan dan perisian.

Banyak model telefon bimbit yang dilengkapi kemudahan Wi-Fi atau capaian Internet tanpa wayar. Jika pejabat anda mempunyai kemudahan Wi-Fi, pengguna boleh melayari laman web dengan mudah dengan hanya menggunakan telefon bimbit.



Dengan adanya telefon bimbit berupaya Wi-Fi, di pejabat pula ada kemudahan perkhidmatan Wi-Fi, setakat ini kita masih tidak membuat panggilan menggunakan telefon bimbit menerusi kemudahan Wi-Fi kerana sebelum ini tidak terdapat perisian yang membolehkan kita berbuat demikian.

Penantian kita sudah berakhir apabila perisian yang membolehkan kita membuat panggilan telefon menerusi kemudahan Wi-Fi menggunakan telefon bimbit sudah wujud. Kemudahan itu dinamakan Wi-Fi Mobile dan boleh diperoleh di www.wifimobile.com

Dengan kemudahan ini, prasarana Wi-Fi sedia ada boleh digunakan untuk membuat panggilan telefon.

Oleh kerana nombor telefon didaftarkan ketika proses memindah turun perisian, maka nombor itu juga boleh digunakan untuk membuat panggilan dari telefon ke telefon yang lain.

Ikutilah langkah berikut untuk memindah turun perisian seterusnya menggunakan kemudahan Wi-Fi untuk membuat panggilan telefon secara percuma.

1. Lawati laman web www.wifimobile.com

2. Pilih, pilihan untuk kegunaan persendirian (Consumer Service). Pindah turun perisian untuk telefon bimbit. Terlebih dulu hendaklah dipastikan model telefon bimbit anda terdapat di dalam senarainya. Masukkan negara, alamat e-mel dan nombor telefon.

3. Isikan huruf sekuriti yang dipaparkan

4. Satu capaian untuk anda memindah turun perisian Wi-Fi Mobile akan dihantar ke telefon bimbit melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

5. Apabila anda mengklik di atas capaian, perisian OneFone akan dipasang di dalam telefon bimbit anda.

6. Pilih sambungan Internet yang diinginkan dengan menekan menu > IAP, anda boleh memilih untuk menggunakan sambungan Wi-Fi atau sambungan 3G.

5. Selepas memilih sambungan, masukkan nombor telefon yang hendak dihubungi seperti biasa. Pastikan Ikon telefon berwarna hijau sebelum membuat panggilan. Apabila panggilan dijawab, bercakaplah seperti biasa. Kualiti suara bergantung kepada kualiti sambungan Internet yang digunakan. Jika anda melanggan perkhidmatan 3G Data tanpa had, perisian ini juga boleh membuat panggilan melalui sambungan Internet 3G itu.

6. Telefon rakan anda yang sudah dipasang dengan perisian OneFone ini akan berdering seperti biasa dan perbualan boleh dilakukan seperti biasa tanpa dikenakan sebarang caj tambahan.

7. Selepas membuat panggilan tekan Options dan pilih Hang Up untuk menghentikan panggilan.

Oleh kerana teknik panggilan ini menggunakan kemudahan Internet, anda boleh berbual di mana saja asalkan ada kemudahan Wi-Fi tanpa dikenakan bayaran panggilan telefon seperti yang biasa.

Terima kasih kerana teruskan pembacaan anda.

Berita selanjutnya adalah....

Tamat.

Tuesday, January 22, 2008